10.2.2022

Khanafi Mohd

Ubat Terbaik Diabetes: Pencegahan

  • Punca diabetes jenis-2 merupakan kerintangan insulin yang terjadi akibat amalan gaya hidup yang tidak sihat.
  • Pemakanan merupakan benteng pertama menghindari penyakit diabetes.
  • Gaya hidup aktif amatlah membantu untuk mengelakkan diri daripada diabetes.
  • Rokok menaikkan risiko penyakit diabetes sebanyak 44% dan 61% bagi perokok tegar.

Penyakit diabetes semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Di antara 2015 dan 2019, kes penyakit diabetes menaik sebanyak 4.9%. Majoriti penyakit diabetes di Malaysia merupakan diabetes Jenis-2 iaitu penyakit diabetes yang berpunca daripada gaya hidup yang diamalkan.

Penyakit diabetes Jenis-2 berpunca daripada keringtangan insulin atau ‘insulin resistance’. Kerintangan insulin merupakan keadaan apabila pankreas menghasilkan insulin, namun, tidak mencukupi untuk mengawal kandungan darah. Ini mengakibatkan sel badan tidak berinteraksi dengan insulin dengan baik, lantas sel-sel tersebut tidak menyerap gula dari dalam darah dengan efektif (WebMD, 2020).

Usaha yang paling penting untuk menghindari diri kita daripada diabetes adalah dengan menjaga pemakanan kita dengan baik (Spritzler, 2017). Pemakanan merupakan faktor diabetes yang amat besar, terutamanya dengan budaya pemakanan kita di Malaysia yang memakan gula dan karbohidrat dengan kerap.

Selain itu, amalan gaya hidup yang tidak aktif juga merupakan punca diabetes jenis-2. Apabila kita melakukan senaman, kita menaikkan sensitiviti insulin di dalam badan. Ini bermaksud kita akan memerlukan kurang insulin untuk mengawal kandungan gula di dalam darah. Jadi, kita akan terhindar daripada kerintangan insulin. Senaman yang diperlukan bagi menghindari diri daripada diabetes atau prediabetes hanyalah sebanyak 150 minit seminggu.

Kita mengetahui bahawa merokok mendatangkan pelbagai penyakit, diabates juga termasuklah dalam senarai penyakit-penyakit ini. Merokok merupakan faktor riskio boleh diubah yang terbesar bagi pelbagai penyakit. Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan, merokok menaikkan risiko penyakit diabetes sebanyak 44% dan 61% jika perokok itu menggunakan lebih daripada 20 batang sehari (Willi C. Et al, 2007).

Untuk memastikan kita terhindar daripada penyakit diabetes jenis-2, amalan gaya hidup merupakan faktor yang amat penting. Hanya dengan mengubah amalan harian kita, kita mampu terselamat daripada penyakit yang menghidapi 3.9 juta dewasa di Malaysia. Marilah kita berusaha agar kita tidak termasuk dalam statistik ini.

Dalam usaha menyebarkan kesedaran mengenai penyakit diabetes, Olive House akan mengadakan jualan promosi khas pada 12 Disember 2021. Promo Set Manis mengandungi Olivie Plus (250g), Sari Cuka Tin (500ml), Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan (50g) dan juga 1 paket Serbuk Kayu Manis Ceylon. Dapatkan daripada ejen-ejen berdaftar di seluruh Malaysia atau buat pesanan anda di sini.

Blog