7.9.2023

Khasiat Buah Tin Untuk Lelaki

“Selalu sangat dengar berkenaan buah tin tapi apa khasiat buah tin untuk lelaki, bro?”

Selalunya bila kami berkongsi di media sosial atau di expo, kami sering ditanyakan soalan-soalan begini daripada para lelaki.

Hal ini kerana, ramai sebenarnya lelaki yang ingin mencari suplemen untuk kesihatan mereka.

Namun, disebabkan oleh banyak sangat produk di pasaran, membuatkan ramai yang risau tersalah beli produk tiruan atau yang tidak memberikan sebarang khasiat atau manfaat.

Jangan risau. Artikel ini khas untuk anda. Jom baca!

Khasiat Buah Tin Untuk Lelaki

Untuk pengetahuan anda, buah tin merupakan salah satu daripada buah yang ada disebut di dalam al-Quran.

Malah, ia juga telah digunakan berabad lamanya sebagai makanan, perubatan dan kesihatan secara menyeluruh.

Ada banyak sebenarnya khasiat buah tin untuk lelaki. Antaranya adalah:

1. Mencegah Darah Tinggi dan Penyakit Kardiovaskular

Di dalam buah tin, anda boleh temukan banyak mineral semulajadi seperti:

  • Magnesium
  • Omega 3
  • Omega 6

Mineral-mineral ini sangat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan mencegah penyakit seperti penyakit jantung.

2. Masalah Batu Karang

Bagi para lelaki, jagalah kesihatan dengan menjaga pemakanan anda.

Masalah batu karang memang sangat mengazabkan. Ia akan mengakibatkan kesakitan yang teramat pada saluran kencing anda.

Jika anda belum lagi mengalami masalah ini, cegahlah ia dengan mengambil produk berasaskan buah tin.

3. Membuang Kolestrol Jahat

Antara khasiat buah tin untuk lelaki adalah membantu dalam membuang kolestrol jahat dalam badan anda.

Anda boleh cuba mengamalkan produk berasaskan buah tin seperti cuka tin.

Bila kolestrol jahat mulai berkurang, badan anda akan terasa lebih cergas dan segar.

4. Stamina Seksual

Bagi mana-mana lelaki, anda pasti mengimpikan stamina yang lebih hebat dan luarbiasa ketika di ranjang.

Dengan mengamalkan cuka tin secara konsisten, anda pasti akan merasai perubahan stamina dan ketahanan anda.

Bukan sahaja untuk aktiviti seksual, malah untuk aktiviti harian juga akan mendapat kesan yang sangat positif.

5. Khasiat Buah Tin - Mencegah Kanser Prostat

Antara mimpi ngeri para lelaki adalah jika disahkan menghidap masalah berkaitan alat sulit mereka seperti kanser prostat.

Berdasarkan data dan kajian, penyakit ini kerap berlaku kepada lelaki berumur 30 tahun dan ke atas.

Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan buah tin secara konsisten mampu untuk mencegah masalah ini.

Hal ini kerana di dalam buah tin terdapat bahan yang dikenali sebagai coumarins yang sangat membantu dalam pencegahan kanser prostat.

6. Merawat Diabetes

Berdasarkan World Health Organization (WHO), sebuah kajian kecil pada tahun 1998 telah menunjukkan penurunan paras glukosa bagi peserta yang mengambil ekstrak buah tin.

Para peserta ini juga memerlukan dos insulin yang lebih rendah apabila mereka mengambil ekstrak ini.

Kajian lain pula melibatkan tikus yang mempunyai masalah type-2 diabetes.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa paras insulin meningkat dan paras gula dalam darah berkurang.

7. Mati Pucuk

Sebuah lagi mimpi ngeri para lelaki adalah mati pucuk.

Sebuah kajian yang melibatkan tikus telah dilakukan untuk melihat kesan aphrodisiac (menaikkan nafsu) di dalam tiga tumbuhan berbeza.

Salah satu tumbuhan ini adalah buah tin. Namun, kajian ini melibatkan campuran ketiga-tiga tumbuhan tersebut.

Sekalipun ia memberikan kesan, sukar untuk para pengkaji menentukan tumbuhan mana yang memberikan kesan tersebut dan berapa besar kesan yang diberikan.

Namun, kajian yang lebih terperinci dan besar perlu dilakukan bagi memastikan berapa tepat kesan dan khasiat buah tin untuk lelaki bagi masalah ini.

Produk Terbaik Untuk Khasiat Buah Tin Untuk Lelaki

Khas buat anda yang ingin memastikan kesihatan anda lebih baik, anda boleh juga mencuba Cuka Tin Olive House. 

Teknologi yang digunakan oleh Olive House sangat menitikberatkan agar khasiat buah tin untuk lelaki dan manfaat kekal terpelihara.

Cuka Tin ini dihasilkan daripada buah tin yang berkualiti tinggi di lembah Izmir, Turki dan diproses menggunakan kaedah tradisional di dalam tong kayu oak untuk mengekalkan kualiti peragian.

Anda boleh dapatkan informasi lanjut termasuklah promosi terkini dengan klik button di bawah.

Blog