23.2.2022

Ustaz Aminuddin

Diabetes: Tak Kenal Maka Tak Sejahtera

  • Hampir 1 daripada 5 rakyat dewasa di Malaysia menghidapi penyakit diabetes
  • Terdapat dua jenis diabetes, Jenis-1 merupakan faktor genetik dan persekitaran manakala Jenis-2 merupakan faktor gaya hidup.
  • Berhati-hati dengan penyakit diabetes melalui gejala yang diakibatkan penyakit ini seperti kerap buang air kecil, meningkatkan kehausan, meningkat rasa lapar dan penurunan berat badan.

Diabetes merupakan penyakit yang meluas di Malaysia. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019 menunjukkan peningkatan sebanyak 4.9% dari tahun 2015 dengan jumlah seramai 3.9 juta orang rakyat Malaysia yg menghidap diabetes. Ini bermakna, 1 dari 5 rakyat Malaysia menghidap penyakit ini (Berita Harian, 2020). Situasi ini amat membimbangkan. Peratusan ini mewakili hampir 1 daripada 5 rakyat dewasa Malaysia, nilai ini amat membimbangkan masa hadapan kesihatan di negara ini.


Secara umumnya, penyakit diabetes, atau kencing manis, berlaku apabila seseorang itu tidak mengawal pemakannya. Diabetes berlaku apabila pankreas tidak mampu menghasilkan insulin ataupun badan tidak mampu menggunakan insulin dengan efektif. Sehingga kini, terdapat dua jenis diabetes yang dikenal pasti, antaranya diabetes jenis-1 dan diabetes jenis-2.

Diabetes jenis-1 terjadi apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin yang diperlukan badan, jadi, penghidap diabetes jenis-1 memerlukan suntikan insulin dari sumber luaran untuk menjalani kehidupan mereka. Ianya digelar ‘insulin-dependant diabetes’. Kesan penyakit ini adalah kerosakan kepada mata, ulser pada kaki, kegagalan buah pinggang, strok dan juga sakit jantung. Malangnya, sains hari ini tidak mengetahui punca mahupun pencegahannya tidak diketahui. Teori punca diabetes ini merupakan genetik atau juga faktor persekitaran seperti virus yang mengakibatkannya (U.S. Department of Health and Human Services, 2016).

Diabetes jenis-2 pula terjadi apabila insulin yang berada di dalam badan tidak digunakan secara efektif. Lebih 95% penghidap penyakit diabetes menghidap diabetes jenis ini. Diabetes ini diakibatkan berat badan berlebihan dan juga gaya hidup sedentari atau lebih dikenali sebagai gaya hidup tidak aktif. Gejala diabetes ini kebiasaannya sama seperti diabetes jenis-1 iaitu kerap buang air kecil, meningkatkan kehausan, meningkat rasa lapar dan penurunan berat badan (World Health Organization, 2021).

Diabetes merupakan penyakit yang telah menjadi biasa di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya apabila kadar obesiti negara semakin meningkat. Jika anda merasakan anda penghidap penyakit kencing manis, dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor bertauliah berdekatan anda dengan segera.

Dalam usaha menyebarkan kesedaran mengenai penyakit diabetes, Olive House akan mengadakan jualan promosi khas pada 12 Disember 2021. Promo Set Manis mengandungi Olivie Plus (250g), Sari Cuka Tin (500ml), Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan (50g) dan juga 1 paket Serbuk Kayu Manis Ceylon. Dapatkan daripada ejen-ejen berdaftar di seluruh Malaysia atau buat pesanan anda

Rujukan:

  1. U.S. Department of Health and Human Services. (n.d.). Symptoms & causes of diabetes. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Retrieved December 1, 2021, from niddkssadsadasdasdklsajalkcjsdlksdvkljsdfklsdfjksdnckjsdnvjkbwevjdbvkdjsnvksajdbcksdjvbskjdvbsdkfbkjdsfkjscnasd

Blog