23.2.2022

Umi Dahlia

Benteng Utama Menentang Diabetes

  • Pemakanan merupakan benteng utama menentang penyakit diabetes.
  • Penggunaan kaedah diabetes plate method membantu kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Diet yang seimbang dan selamat merupakan pemakanan suku pinggan protein, suku pinggan karbohidrat, dan separuh pinggan sayuran tidak berkanji.

Pemakanan merupakan senjata menentang diabetes yang utama. Diabetes jenis 2 terjadi apabila kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Puncanya datang daripada amalan pemakanan tidak seimbang, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan berkalori tinggi, gaya hidup tidak aktif, dan juga merokok. Gaya hidup ini menyebabkan kegemukan dan obesiti, faktor risiko paling penting untuk mendapat diabetes jenis 2 (A/P Seenivasagam, S., 2018).

Tiada cara pemakanan yang spesifik untuk penyakit diabetes, namun begitu, pemakanan membantu bagi memastikan diabetes terurus dan yang lebih penting, memastikan kita terhindar daripada diabetes. Tiada satu jenis makanan yang mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan badan, oleh itu, kita memerlukan kepelbagaian dalam pemakanan. Kumpulan makanan yang utama merupakan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan berkanji, protein, produk tenusu dan lemak.

Penggunaan kaedah diabetes plate method membantu kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Diabates plate method lebih senang diingati dengan petikan ‘suku suku separuh’. Diet yang seimbang dan selamat merupakan pemakanan suku pinggan protein, suku pinggan karbohidrat, dan separuh pinggan sayuran tidak berkanji.

Sayuran tidak berkanji seperti sayuran berdaun, timun, lobak merah, dan tomato mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah, jadi ia tidak menaikkan kadar gula di dalam darah dengan terlalu tinggi. Sayuran sebegini juga penting kerana ia mempunyai kandungan serat, vitamin, dan mineral yang diperlukan badan. Separuh pinggan sayuran tidak berkanji bermaksud kita akan mendapat banyak khasiat tanpa menjejaskan kandungan gula di dalam darah.

Protein seperti ayam, ikan, daging, dan produk soya merupakan kumpulan makanan yang diperlukan badan kita, namun begitu, protein yang datangnya daripada haiwan mempunyai lemak tepu yang berpotensi menaikkan risiko penyakit jantung. Protein tanpa lemak seperti ayam, telur, ikan, potongan daging kurang lemak, kekacang dan tempeh atau tofu merupakan pilihan yang lebih sihat kerana kandungan lemak yang lebih rendah.

Kumpulan makanan yang berpotensi menaikkan kandungan gula dengan drastik merupakan karbohidrat. Mengawal diri daripada memakan karbohidrat seperti nasi, bijiran, susu dan roti penting untuk memastikan kandungan gula di dalam darah tidak terlalu tinggi. Dengan memakan karbohidrat hanya sebanyak satu suku pinggan mampu melindungi kita daripada penyakit diabetes dalam jangka masa yang lama.


Komponen diet harian yang sering kita abaikan merupakan minuman. Minuman juga mempunyai peranan yang besar dalam memastikan kandungan gula kita rendah. Lebihkan meminum air kosong atau air mineral dan minuman yang rendah kalori seperti teh atau kopi tanpa manisan, atau air berperisa tanpa gula (Intechnic, 2020).

Bersamalah kita menaikkan lagi kesedaran mengenai penyakit diabetes yang menghidap 1 dalam 5 dewasa di Malaysia ini. Marilah makan dengan sihat agar kita mampu menjalani kehidupan dengan kesejahteraan dan kesihatan yang baik.

Dalam usaha menyebarkan kesedaran mengenai penyakit diabetes, Olive House akan mengadakan jualan promosi khas pada 12 Disember 2021. Promo Set Manis mengandungi Olivie Plus (250g), Sari Cuka Tin (500ml), Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan (50g) dan juga 1 paket Serbuk Kayu Manis Ceylon. Dapatkan daripada ejen-ejen berdaftar di seluruh Malaysia atau buat pesanan anda di sini.

Rujukan:

A/P Seenivasagam, S. (2018, August 18). Penyakit diabetes jenis 2 – penyebab, Gejala Dan Ubat. DoctorOnCall. Retrieved December 17, 2021, from https://www.doctoroncall.com.my/diabetes-jenis-2-kencing-manis-penyebab-dan-gejala#show

EmmaHook. (n.d.). What is a healthy, balanced diet for diabetes? Diabetes UK. Retrieved December 17, 2021, from https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/what-is-a-healthy-balanced-diet

Intechnic, http://www.intechnic.com. (2020, February 1). What is the diabetes plate method? Diabetes Food Hub. Retrieved December 17, 2021, from https://www.diabetesfoodhub.org/articles/what-is-the-diabetes-plate-method.html

Healthy eating pyramid. The Nutrition Source. (2020, October 22). Retrieved December 17, 2021, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/healthy-eating-pyramid/

Copyright © 2008. For more information about The Healthy Eating Pyramid, please see The Nutrition Source, Department of Nutrition, Harvard T.H. Chan School of Public Health, www.thenutritionsource.org, and and Eat, Drink, and Be Healthy, by Walter C. Willett, M.D., and Patrick J. Skerrett (2005), Free Press/Simon & Schuster Inc.”

Blog